Friday, December 31, 2010

Monday, December 20, 2010

Apa itu lukisan digital???

"Lukisan digital merupakan sejenis bentuk seni baru yang mempergunakan teknik lukisan tradisional, seperti cat air, cat minyak, impasto, dan sebagainya untuk pelukisan digit melalui komputer, perisian, serta tablet pendigitan, dan stilus. Lukisan digital berbeza daripada seni digital yang lain serta seni komputer terjana, khususnya kerana ia tidak memerlukan paparan komputer untuk mendapat lukisan realistik daripada suatu model. Seorang artis digital hanya perlu menggunakan teknik lukisan untuk mencipta lukisan digital secara langsung dalam komputer.

Perbezaan utama antara lukisan digital dan lukisan tradisional adalah prosesnya yang tidak linear. Seorang artis sering boleh menyusun lukisannya dalam bentuk lapisan yang dapat disunting secara berasingan. Keupayaan untuk menghapuskan coretan dan memberus semula juga membebaskan artis daripada proses linear. Bagaimanapun, seorang pelukis digital harus menggunakan banyak atau kesemua teknik dan kajian pelukis tradisional.

Artis digital mempunyai banyak alat yang tidak boleh didapati oleh pelukis tradisional. Sesetengah daripada ini termasuk:

* palet maya yang mengandungi berjuta-juta warna;
* kanvas atau media hampir semua saiz;
* keupayaan mengembalikan kesilapan yang telah dibuat;
* pemadaman; dan
* pelbagai alat kesan 2D dan 3D.

Tablet grafik membenarkan artis membuat gerakan tangan yang amat tepat seolah-olah pen yang benar pada permukaan lukisan.

Lukisan digital berkembang maju khususnya dalam seni pengeluaran, dan banyaknya telah digunakan dalam reka bentuk konsepsi untuk filem, televisyen, dan permainan video. Terdapatnya juga pelbagai jenis lukisan digital, termasuk impresionisme, realisme, dan cat air.

Perisian pelukisan digital seperti Corel Painter, Studio Artist, Adobe Photoshop, Jasc Paint Shop Pro, ArtRage, dan openCanvas memberikan artis-artis digital suatu persekitaran yang sama dengan pelukis fizikal: kanvas, alat-alat lukisan, palet untuk mencampurkan warna, dan pilihan warna yang banyak."

~wikipedia

Mari lihat video bagaimana lukisan digital dihasilkan dengan menggunakan Adobe Photoshop...



~ryna2912

Sunday, December 19, 2010

Digital Painting


Contoh lukisan digital berjenis digital painting. Lukisan jenis ini dihasilkan secara digital menggunakan aplikasi Adobe Photoshop CS3 dengan menggunakan kemahiran kawalan brush & airbrush yang teliti. Lukisan boleh dilukis pada paparan skrin komputer samada menggunakan pen tablet ataupun mouse. Pen tablet membolehkan lukisan dihasilkan dengan lebih tepat. Walaubagaimanapun penggunaan mouse juga tidak kurangnya sebaliknya ia juga mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Contoh lukisan ini bukanlah dihasilkan daripada imej komputer yang terjana sebaliknya artis digital menggunapakai teknik-teknik yang digunakan oleh artis tradisional. Cuma bezanya di sini, artis digital melukis dalam medium yang berbeza iaitu menggunakan komputer.

First things first

DigitalPainting2U sedia menerima tempahan lukisan digital seperti digital pop art, digital vector art, dan digital painting art. DigitalPainting2U juga menerima tempahan photo vector drawing. Ke semua servis ditawarkan dengan harga yang berpatutan. Anda boleh memiliki sebuah lukisan digital diri anda sendiri atau untuk insan yang sesuai dijadikan hadiah dihari istimewanya misalnya ulang tahun kelahiran ataupun perkahwinan. Apa lagi ditunggu?? Jadikan imej wajah anda atau sesiapa yang istimewa lain dari yang lain bukan sekadar gambar foto semata-mata. Silalah menempah lukisan anda sekarang;)