Services

DigitalPainting2U sedia menerima tempahan lukisan digital seperti digital pop art, digital vector art, dan digital painting art. DigitalPainting2U juga menerima tempahan photo vector drawing. Ke semua servis ditawarkan dengan harga yang berpatutan. Anda boleh memiliki sebuah lukisan digital diri anda sendiri atau untuk insan yang sesuai dijadikan hadiah dihari istimewanya misalnya ulang tahun kelahiran ataupun perkahwinan. Apa lagi ditunggu?? Jadikan imej wajah anda atau sesiapa yang istimewa lain dari yang lain bukan sekadar gambar foto semata-mata. Silalah menempah lukisan anda sekarang;)

Contoh lukisan digital berjenis digital painting. Lukisan jenis ini dihasilkan secara digital menggunakan aplikasi Adobe Photoshop CS3 dengan menggunakan kemahiran kawalan brush & airbrush yang teliti. Lukisan boleh dilukis pada paparan skrin komputer samada menggunakan pen tablet ataupun mouse. Pen tablet membolehkan lukisan dihasilkan dengan lebih tepat. Walaubagaimanapun penggunaan mouse juga tidak kurangnya sebaliknya ia juga mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Contoh lukisan ini bukanlah dihasilkan daripada imej komputer yang terjana sebaliknya artis digital menggunapakai teknik-teknik yang digunakan oleh artis tradisional. Cuma bezanya di sini, artis digital melukis dalam medium yang berbeza iaitu menggunakan komputer.

Perkhidmatan Baru:

Barbie Doll..
Anda ingin merubah foto anda menjadi foto wajah patung barbie dengan wajah anda sendiri atau sahabat  anda. Kini anda boleh lakukannya dengan mengirimkan foto anda untuk diproses menjadi seperti ini: