FAQ

Anda Mengambil Tempahan?

Ya! Sudah Tentu.

Saya berminat untuk menempah,apakah langkah pertama?

Sebaik anda telah memutuskan bentuk tempahan, anda boleh hantarkan fail gambar anda dalam format JPEG ke akaun emel digital.painting2u@gmail.com. Nyatakan sekali bentuk lukisan yang anda inginkan.

Anda bekerja dari gambar atau live?

Saya selalu bekerja dari gambar (still picture).

Bolehkah saya emailkan sahaja gambar?

Ya,mengirim gambar menerusi email adalah pilihan yang selamat dan pantas. Kalau anda meghantar imej digital, tolong hantarkannya di dalam fail JPEG dengan resolusi tinggi.

Apakah saiz yang sesuai untuk email?

Selalunya apabila anda mengirim gambar melalui email, pelayan email anda akan bertindak mengecilkan saiznya. Jika ini berlaku, hantarkan hanya sekeping dua sahaja pada setiap hantaran untuk memastikan saya menerima saiz yang asal daripada kamera.

Berapa banyak gambar yang perlu saya hantar?

Lebih banyak gambar adalah lebih baik. Saya bekerja daripada sekeping gambar yang utama tetapi saya lebih suka untuk ada lebih untuk dirujuk.Jika anda menempah potret, tolong jelaskan gambar yang mana menjadi pilihan untuk dilukiskan. Tetapi jika gambar utama telah menepati tahap titik fokus yang dikehendaki, sekeping gambar sahaja sudah memadai.

Apakah tahap kualiti gambar yang perlu ada?

Lebih baik kualiti gambar, lebih baiklah hasil lukisan yang akan anda perolehi. Gambar mestilah terang. Gambar yang objek utamanya jauh dan kecil bukanlah pilihan yang bijak. Cuba hantarkan gambar yang beresolusi tinggi yang boleh. Saya mencadangkan saiz daripada 200KB ke 500kb. Untuk yang kurang daripada 100kb, mutunya pasti rendah dan pastinya sukar untuk menangkap detail. Sekiranya anda menggunakan kamera DSLR untuk menangkap gambar, ya itulah sebaik-baik kualiti imej.

Bagaimana pula dengan foto yang diambil dengan kamera point n shot?

Tiada masalah, kamera point n shot juga berkualiti imej fotonya. Asalkan ianya di setting dengan resolusi yang tinggi. Kamera handphone juga boleh asalkan imejnya beresolusi tinggi.

Berapa lama masa diambil untuk siap?

1 - 2 minggu

Saya perlukan cepat,anda boleh lakukan?

Ya! Memang saya biasa. Saya berusaha memenuhi setiap permintaan. Tolong jelaskan kepada saya supaya dapat saya mengatur masa. Email kepada saya jika anda perlukan bantuan yang segera.

Bolehkah saya lihat hasil lukisan sebelum ianya dihantar kepada saya?

Ya. Sebaik lukisan anda sedia, saya akan mengirim salinan lukisan ke email anda untuk review online. Biasanya para pelanggan gembira dengan preview pertama. Tetapi, jika anda rasa perlu dilakukan sedikit pindaan, saya menerima maklum balas anda. Membetulkannya dan menghantar kepada anda untuk pengesahan. Hanya selepas itulah baru dihantar.

Berapakah harga yang perlu saya bayar?

Ada banyak pilihan dan anda boleh menyemak harga pada mukasurat painting order. Jika anda rasa perlu berbincang, tolong email kepada saya tentangnya.

Bilakah masa membayar?

Semua tempahan boleh dibayar dengan selamat secara online banking atau ATM. Penghantaran akan dilakukan hanya selepas pelanggan mengesahkan salinan contoh dan pembayaran telah dibuat.

Bagaimana lukisan saya dihantar?

Untuk tempahan digital, saya menghantar menerusi email. Lukisan yang dihantar adalah pada resolusi tinggi (300 dpi), sesuai untuk cetakan pada kertas, photo paper, atau glossy paper.

Adakah anda akan menyiarkan lukisan kami di blog anda?

Ya, kebanyakan daripada kerja saya memang disiarkan di blog. Jika pelanggan tidak mahu lukisan mereka disiarkan, mereka mestilah memaklumkan kepada saya ketika membuat tempahan, dan saya akan sangat gembira untuk tidak menyiarkannya.

Apakah jaminan bagi salinan foto asal yang telah dikirimkan?

Saya memberi jaminan terhadap keselamatan salinan foto yang asal. Sesudah digunakan sebagai rujukan, foto asal tersebut akan segera dilupuskan.