Saturday, January 22, 2011

Apa makna TEKNOLOGI?

Salam Kelate...

Dalam kehidupan kita seharian, kita sering bercakap atau mengaplikasikan penggunaan teknologi dalam kehidupan. Tapi pernah tak kita terfikir, apa makna teknologi? Umum mengetahui manusia menggunakan teknologi untuk memudahkan urusan kehidupan seharian. Nak basuh baju, pakai mesin basuh..nak simpan lauk..masuk peti sejuk..nak pergi kerja..pandu kereta..dan macam2 lagi laa..termasuklah penggunaan komputer..

Mengikut kamus teknologi bermaksud ilmu tentang segala kepandaian membuat sesuatu, teknologi..mengikut lecturer saya dulu..mudah jer..hanya 2 perkataan..TEKNOLOGI = IDEA BARU..
jom fikir-fikirkan.....hehe..

Monday, January 17, 2011

Definisi artis yang sebenarnya

Salam Kelate...

Ada pun panggilan nama artis lazimnya orang beranggapan ianya lebih sinonim dengan penggiat seni hiburan seperti penyanyi, pelakon, penari, pemuzik dan lain-lain..

Tahu tak?? Artis sebenarnya bermakna pelukis..yaa..pelukis..ianya asalnya adalah panggilan untuk pelukis..akan tetapi menurut makcik wiki..ini jawapannya..

"Artis merujuk kepada seseorang yang kreatif, atau inovatif, atau mahir dalam sesuatu bidang seni. Ahli sejarah seni dan pengkritik seni mendefinisikan artis sebagai seseorang yang menghasilkan seni dalam batas-batas yang diakui.

Istilah artis telah digunakan seawal tahun 1980-an untuk menggantikan istilah seniman dan seniwati kerana ia lebih menarik dan megikut peredaran zaman. Perkataan artis diambil dari Bahasa Inggeris (Artist) yang bermaksud seniman.

Terdapat pelbagai jenis artis. Antaranya ialah pelakon, penari, penyanyi/pemuzik dan pelukis."

~wikipedia

Dalam kamus pula artist bermaksud seniman, pelukis...

Apa pula beza antara graphic designer dengan graphic artist?? Pada saya, ianya adalah sama..cuma tak banyak kompeni yang guna panggilan graphic artist..banyak yang menggunakan panggilan graphic designer..jom tanya makcik wiki lagi..

"Grafik (berasal dari perkataan Greek γραφικός) merupakan persembahan visual yang ditunjukkan pada permukaan seperti dinding, kanvas, skrin komputer, kertas, papan untuk tujuan jenama, pemberitahuan, ilustrasi atau hiburan. Contoh grafik ialah gambar foto, lukisan, seni tanpa ton, graf, tipografi, nombor, simbol, reka bentuk geometri, peta, lukisan kejuruteraan atau imej lain. Grafik selalunya menggabungkan teks, ilustrasi dan warna.

Grafik boleh wujud sebagai grafik berfungsi atau berseni. Grafik juga boleh merupakan bayangan atau menggambarkan perkara yang wujud dalam dunia sebenar."

~wikipedia


Saya suka grafik......satu lagi, photographer juga sebenarnya adalah pelukis..

Tuesday, January 11, 2011

Ikan Puyu


Musim tengkujuh, saya dapat ikan tanpa perlu pergi mancing..ini spesis ikan puyu..spesis ikan darat yang dikatakan paling lasak..mampu hidup tanpa air untuk satu tempoh yang agak lama..

Ikan puyu nii datang sendiri ke rumah saya..tup2!! dah ade kat depan rumah..dari mana lubuknya..tak dapat lak nak dipastikan..ape2 pun best bila dapat ikan yg 'merangkak' datang kat depan rumah..dan ini bukanlah pengalaman pertama..:)