Friday, November 4, 2011

Dunia Fotografi (Bahagian 1)

As Salam..

Bersua kembali kita pada petang Jumaat yang mulia ini. Hari ini saya ingin menceritakan tentang dunia fotografi. Sebenarnya saya meminati bidang ini sebagai salah satu sumber inspirasi bagi saya dalam kehidupan ini. Seni yang ada dalam bidang fotografi ini mempunyai nilaian yang tinggi dalam taksiran saya. Ianya agak berlainan dari seni grafik dan lukisan. Mungkin sedikit sukar anda memahaminya namun cukuplah sekadar saya menyatakan fotografi bersamaan dengan "Gambar yang menceritakan sesuatu". Di sebalik sesebuah gambar itu ada yang tersurat maknanya bahkan mungkin yang tersirat maknanya juga.

Fotografi itu cantik. Cantiknya dari segi yang bagaimana ya? Pada saya, saya melihat kecantikan dunia fotografi itu ialah pada maknanya. Makna itu pula mungkin terpulang pada individu untuk menafsirnya. Mungkin ada orang melihat kepada kecantikan imej gambar semata-mata, mungkin ada orang melihat pada kecantikan imej gambar dan juga apa ceritanya, dan mungkin juga ada orang melihat pada kecantikan imej gambar, apa ceritanya, dan apa mesejnya. Pada saya, saya melihat pada yang terakhir itu.

Bersambung...