Salam Jumaat...Jumaat kembali lagi...
Syukur ke hadrat Ilahi..kerna masih bernyawa....
Hari ini aku rasa rajin sikit nak blogger..semangat menulis dah datang semula..yes! I'm back!! tapi masih terpinga-pinga nak bukak cerita apa kali nii..entahlah bila dah mengadap komputer..hilang semua idea..bila tinggal komputer..idea datang mencurah-curah..emm..patut laa ramai yang kata..bukan senang nak maintain blog..moga-moga tengah-tengah menaip kosong nii...zapppp!! datang idea terus..haha..
Haaa...kan dah datang idea..kena warming up dulu nih! hehe..baru otak tak tersumbat..
Ok, nak sembang2 pasal topik kehidupan laa rasa..hidup ini hanyalah sementara..hidup kita menuju kematian..hai....preparation tak cukup lagi nih..untuk duniawi pun still tak cukup..inikan pula akhirat..dua2 perlu seimbang tuu...
Hidup kita ini bagaikan sebuah lukisan..kita manusialah yang melakarnya..semasa kecil..mak bapaklah yang mencorakkan kita..sesudah dewasa..kita sendirilah yang menyambung tugas itu..sebuah lukisan kehidupan hanya akan siap sepenuhnya apabila kita sudah tiada di dunia ini..siapakah pemenang anugerah lukisan yang tercantik??
tak tahu..tapi sudah tentu bakal ke Syurga...
Lazimnya, acuan lukisan yang ditinggalkan ibu bapa kita akan menentukan lukisan hidup kita itu cantik ataupun tidak..namun itu juga bergantung kepada diri sendiri..bukan senang untuk melukis dengan cantik..dan bukan susah untuk melukis dengan buruk..pendek kata..cantik dan buruk itu..terpulanglah kepada diri sendiri..
Sebuah lukisan kehidupan boleh berubah..dari buruk kepada cantik dan dari cantik kepada buruk..terpulang kepada pelukis itu sendiri..tepuk dada tanya selera! tak gitu?
Oklah, aku tak makan nasi lagi nih selepas solat Jumaat tadi..cukuplah untuk kali ini yer..jumpa lagi di posting yang keseterusnya..
Wassalam..
No comments:
Post a Comment