Wednesday, February 16, 2011

Secret of Photography

Salam...

Hari ini saya nak bercerita tentang dunia fotografi pula..pernah tak anda mendengar suara soksek2 di kalangan kita yang berbunyi seperti ini..."Eh, apsal arr ko amek gambar..ok..aku amek gambar..tak ok..??"..."Kamera ape arr ko pakai??"..

Kamera..yaa..kamera..
Kita sering meletakkan kamera bagi matlamat untuk mendapatkan gambar yang cantik2.."kamera ko power laa..kamera aku tak power laa.."..haha..barangkali itu sebab laa gambar ada yang cantik dan ada yang tak cantik..

Tanggapan itu sebenarnya tidak tepat..kalau anda pakai machine gun sekalipun..belum tentu tembakan anda mengena sasaran..kalau tak tahu menembak..

Ok, mari kita lihat..apakah rahsia sebenar disebaliknya..

Composition & Rules of Third (ROT)
























‘Composition’ merujuk kepada gubahan pada gambar yang bakal diambil. Macam karangan atau rencana yang kita ingin tulis..apa isi kandungan yg perlu ada dan tak perlu ada untuk menghasilkan penulisan yang bagus?? Begitu juga pada gambar..apa yang perlu ada (gubahan) pada gambar..dan apa yg tak perlu ada untuk mendapatkan gambar yang bagus..


























'Composition' bukan saja digunakan dalam fotografi malah ianya digunakan dalam apa saja seni yg melibatkan penglihatan seperti filem, lukisan, dan web design.

'Rules of third' pula merujuk pada peraturan yang telah ditetapkan atau dicadangkan di dalam fotografi. Dalam ‘rules of third’, dicadangkan supaya kedudukan subjek atau daya tarikan utama di dalam gambar haruslah berada di dalam satu atau lebih pada titik yang bertindih. Titik yang bertindih itu terhasil daripada 2 grid tegak dan 2 grid melintang yang perlu jurugambar bayangkan di dalam 'viewfinder'. Sesetengah kamera sudah tersedia ada keempat-empat grid ini pada ‘viewfinder’.

Secara sainstifiknya, teknik ‘rules of third’ ini diaplikasikan dalam fotografi setelah melalui beberapa kajian bagaimana mata kita melihat sesuatu imej.

Secara mudah..mata manusia memandang dari arah kiri ke kanan atau sebaliknya, dari atas ke bawah atau sebaliknya. Bila kita letak sesuatu subjek di tengah mata manusia akan memberi tekanan di bahagian tengah tanpa arah yang khusus untuk mata kita melihat ke sudut yg lain..diringkaskan lagi ‘rules of third’ ini sebenarnya utk ‘easy viewing’.

Untuk mendapatkan 'composition' yang menarik..kita perlulah kreatif dan inovatif dalam menentukan 'framing' untuk imej foto yang bakal di ambil. Timing juga sgt penting dalam mendapatkan 'composition' yang menarik. Saat bila kita perlu menekan butang 'shutter'?

'Composition' sangat penting dalam fotografi. Teknologi dan keupayaan yang ada pada kamera hanya bertindak sebagai ‘supporter’ kepada jurugambar. Apa yang penting adalah daya kreativiti jurugambar..tangan mesti berseni..ape org kata? ‘Rules of thumb’..hehe..

Sekiranya kita ingin mengambil gambar individu iaitu selaku subjek utama dalam gambar yang kita mahu ambil. Peranan subjek juga sangat membantu untuk jurugambar mendapatkan 'composition' gambar yg menarik..subjek sebagai pembantu (photogenic..modeling character – interaction, expose, posing).

Ok,
perkara pokok yang perlu diutamakan..iaitu 'composition'..
Apa macam..sudah boleh mula menembak kembali??

Selamat mencuba!!

Wednesday, February 9, 2011

3 beradik.....memang mantap!!













Salam Kelate...

Sebagai seorang graphic designer @ graphic artist, tidak lengkap rasanya kalau kita tidak biasa menggunakan ketiga-tiga perisian ini iaitu Adobe Photoshop, Illustrator & InDesign. Ada orang kata, seorang beginner dalam bidang grafik biasanya akan bermula dengan Illustrator sebelum melangkah pula pada penggunaan Photoshop. Jika tidak ianya dianggap pelik. Namun ada juga orang yang bermula dengan Photoshop, contohnya macam saya nii..setelah agak lama menggunakan Photoshop, dah jadi semacam pengguna tegar dah nii..kini baru saya mula ingin menggunakan Illustrator & InDesign.

Segalanya masih diperingkat awal, tapi rasanya jap aje nii dapat berinteraksi dengan 2 beradik nii..harapannya begitulah..kerana saya menganggap seperti sudah pernah berinteraksi dengan keduanya sebelum ini..kerana fungsi-fungsinya juga turut berada dalam Photoshop..maknanya samalah seperti seolah-olah saya pernah menggunakan keduanya sama seperti Photoshop..

Sebenarnya setiap satunya perisian tersebut adalah berbeza dari segi kefungsiannya iaitu spesifiknya pada tugas-tugas berlainan yang tertentu dan lebih khusus. Photoshop lebih menjurus kepada fungsi untuk photo editing dan graphic design..sementara Illustrator menjurus kepada ilustrasi grafik vektor dan rekabentuk layout untuk percetakan..dan akhir sekali InDesign yang menjurus kepada fungsi khas untuk menggabungkan kawalan yang terbaik bagi tujuan menghasilkan susunan taipografi dan reka letak halaman yang kreatif. InDesign efektif digunakan di dalam industri percetakan dan penerbitan seperti brosur, majalah, dan buku.

Photoshop ternyata lebih popular dan bersifat general setelah lahirnya version CS..sementara Illustrator digunakan untuk tugas-tugas yang lebih berat seperti ilustrasi grafik vektor, mencipta path, logo, kesan grafik 3D yang realistik..saya menggunakan Photoshop terlebih dahulu kerana melihat begitu banyak tutorial Photoshop di internet serta melihat kumpulan professional hanya menggunakan Photoshop untuk tujuan pelbagai fungsi..maknanya sebagai general software..mungkin kerana Photoshop version CS sudah memadai bagi mereka kerana fungsi-fungsi yang berada di dalam Illustrator dan InDesign turut juga berada di dalam Photoshop..

Kalau dahulu, digital painting dihasilkan dalam Illustrator..kini turut juga dihasilkan di dalam Photoshop..sementara InDesign pula digunakan untuk mempermudahkan dan mempercepatkan proses finishing sesuatu design..

Oklah..cukup laa setakat nii dulu eik!
Jumpa lagi...;)

Friday, February 4, 2011

Tamadun dunia bermula dari seni visual

Salam Kelate...

Bersua kembali..kali ini saya nak bercerita tentang tamadun dunia..kalau kita fikir-fikirkan..tamadun dunia bermula dari seni visual..

Sebelum tuu, jom kita lihat makna seni visual..
"Seni visual adalah satu bentuk seni yang menumpukan kepada hasil penciptaan yang berbentuk visual seperti lukisan, fotografi, grafik dan filem. Kebanyakan disiplin kesenian seperti seni persembahan, bahasa dan masakan melibatkan aspek seni visual dan lain-lain seni, jadi definisi seni tidak terhad.

Dengan kata lain seni visual adalah sesuatu hasil/ciptaan yang boleh dinampak melalui penglihatan mata. Hasil/karya itu adalah bersumberkan daya fikiran dan kesenian yang mutlak dalam minda seseorang dan seterusnya diterjemahkan kepada objek yang nyata serta boleh dilihat seperti gambar, arca, model dan sebagainya."

~wikipedia

tak faham?? mudah jer......baca lagi...

rumah = pelukis pelan

bangunan = arkitek

pakaian = pereka fesyen

dan macam2 lagi..sekarang..confirm dah faham...ngeh3!!!