Wednesday, February 16, 2011

Secret of Photography

Salam...

Hari ini saya nak bercerita tentang dunia fotografi pula..pernah tak anda mendengar suara soksek2 di kalangan kita yang berbunyi seperti ini..."Eh, apsal arr ko amek gambar..ok..aku amek gambar..tak ok..??"..."Kamera ape arr ko pakai??"..

Kamera..yaa..kamera..
Kita sering meletakkan kamera bagi matlamat untuk mendapatkan gambar yang cantik2.."kamera ko power laa..kamera aku tak power laa.."..haha..barangkali itu sebab laa gambar ada yang cantik dan ada yang tak cantik..

Tanggapan itu sebenarnya tidak tepat..kalau anda pakai machine gun sekalipun..belum tentu tembakan anda mengena sasaran..kalau tak tahu menembak..

Ok, mari kita lihat..apakah rahsia sebenar disebaliknya..

Composition & Rules of Third (ROT)
























‘Composition’ merujuk kepada gubahan pada gambar yang bakal diambil. Macam karangan atau rencana yang kita ingin tulis..apa isi kandungan yg perlu ada dan tak perlu ada untuk menghasilkan penulisan yang bagus?? Begitu juga pada gambar..apa yang perlu ada (gubahan) pada gambar..dan apa yg tak perlu ada untuk mendapatkan gambar yang bagus..


























'Composition' bukan saja digunakan dalam fotografi malah ianya digunakan dalam apa saja seni yg melibatkan penglihatan seperti filem, lukisan, dan web design.

'Rules of third' pula merujuk pada peraturan yang telah ditetapkan atau dicadangkan di dalam fotografi. Dalam ‘rules of third’, dicadangkan supaya kedudukan subjek atau daya tarikan utama di dalam gambar haruslah berada di dalam satu atau lebih pada titik yang bertindih. Titik yang bertindih itu terhasil daripada 2 grid tegak dan 2 grid melintang yang perlu jurugambar bayangkan di dalam 'viewfinder'. Sesetengah kamera sudah tersedia ada keempat-empat grid ini pada ‘viewfinder’.

Secara sainstifiknya, teknik ‘rules of third’ ini diaplikasikan dalam fotografi setelah melalui beberapa kajian bagaimana mata kita melihat sesuatu imej.

Secara mudah..mata manusia memandang dari arah kiri ke kanan atau sebaliknya, dari atas ke bawah atau sebaliknya. Bila kita letak sesuatu subjek di tengah mata manusia akan memberi tekanan di bahagian tengah tanpa arah yang khusus untuk mata kita melihat ke sudut yg lain..diringkaskan lagi ‘rules of third’ ini sebenarnya utk ‘easy viewing’.

Untuk mendapatkan 'composition' yang menarik..kita perlulah kreatif dan inovatif dalam menentukan 'framing' untuk imej foto yang bakal di ambil. Timing juga sgt penting dalam mendapatkan 'composition' yang menarik. Saat bila kita perlu menekan butang 'shutter'?

'Composition' sangat penting dalam fotografi. Teknologi dan keupayaan yang ada pada kamera hanya bertindak sebagai ‘supporter’ kepada jurugambar. Apa yang penting adalah daya kreativiti jurugambar..tangan mesti berseni..ape org kata? ‘Rules of thumb’..hehe..

Sekiranya kita ingin mengambil gambar individu iaitu selaku subjek utama dalam gambar yang kita mahu ambil. Peranan subjek juga sangat membantu untuk jurugambar mendapatkan 'composition' gambar yg menarik..subjek sebagai pembantu (photogenic..modeling character – interaction, expose, posing).

Ok,
perkara pokok yang perlu diutamakan..iaitu 'composition'..
Apa macam..sudah boleh mula menembak kembali??

Selamat mencuba!!

No comments:

Post a Comment