Wednesday, February 9, 2011
3 beradik.....memang mantap!!
Salam Kelate...
Sebagai seorang graphic designer @ graphic artist, tidak lengkap rasanya kalau kita tidak biasa menggunakan ketiga-tiga perisian ini iaitu Adobe Photoshop, Illustrator & InDesign. Ada orang kata, seorang beginner dalam bidang grafik biasanya akan bermula dengan Illustrator sebelum melangkah pula pada penggunaan Photoshop. Jika tidak ianya dianggap pelik. Namun ada juga orang yang bermula dengan Photoshop, contohnya macam saya nii..setelah agak lama menggunakan Photoshop, dah jadi semacam pengguna tegar dah nii..kini baru saya mula ingin menggunakan Illustrator & InDesign.
Segalanya masih diperingkat awal, tapi rasanya jap aje nii dapat berinteraksi dengan 2 beradik nii..harapannya begitulah..kerana saya menganggap seperti sudah pernah berinteraksi dengan keduanya sebelum ini..kerana fungsi-fungsinya juga turut berada dalam Photoshop..maknanya samalah seperti seolah-olah saya pernah menggunakan keduanya sama seperti Photoshop..
Sebenarnya setiap satunya perisian tersebut adalah berbeza dari segi kefungsiannya iaitu spesifiknya pada tugas-tugas berlainan yang tertentu dan lebih khusus. Photoshop lebih menjurus kepada fungsi untuk photo editing dan graphic design..sementara Illustrator menjurus kepada ilustrasi grafik vektor dan rekabentuk layout untuk percetakan..dan akhir sekali InDesign yang menjurus kepada fungsi khas untuk menggabungkan kawalan yang terbaik bagi tujuan menghasilkan susunan taipografi dan reka letak halaman yang kreatif. InDesign efektif digunakan di dalam industri percetakan dan penerbitan seperti brosur, majalah, dan buku.
Photoshop ternyata lebih popular dan bersifat general setelah lahirnya version CS..sementara Illustrator digunakan untuk tugas-tugas yang lebih berat seperti ilustrasi grafik vektor, mencipta path, logo, kesan grafik 3D yang realistik..saya menggunakan Photoshop terlebih dahulu kerana melihat begitu banyak tutorial Photoshop di internet serta melihat kumpulan professional hanya menggunakan Photoshop untuk tujuan pelbagai fungsi..maknanya sebagai general software..mungkin kerana Photoshop version CS sudah memadai bagi mereka kerana fungsi-fungsi yang berada di dalam Illustrator dan InDesign turut juga berada di dalam Photoshop..
Kalau dahulu, digital painting dihasilkan dalam Illustrator..kini turut juga dihasilkan di dalam Photoshop..sementara InDesign pula digunakan untuk mempermudahkan dan mempercepatkan proses finishing sesuatu design..
Oklah..cukup laa setakat nii dulu eik!
Jumpa lagi...;)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment